Merujuk kepada cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas keuntungan yang boleh dicukai yang diperolehi oleh individu atau syarikat. Keuntungan ini biasanya menjadi salah satu sumber utama pendapatan bagi kerajaan. Cukai pendapatan diangap sebagai bentuk pencukaian yang lebih adil, kerana ia dikenakan hanya apabila individu atau perniagaan mencapai kejayaan yang mencukupi untuk menghasilkan pendapatan yang boleh dicukai. Oleh itu, kesannya terhadap golongan miskin atau yang kurang beruntung adalah kecil atau tidak wujud.
Peratusan Pendapatan yang Dikenakan Cukai:
Peratusan pendapatan yang dikenakan cukai bergantung kepada jumlah pendapatan dan status pemfailan individu. Secara umumnya, semakin tinggi pendapatan, semakin banyak cukai yang perlu dibayar. Kadar cukai pendapatan persekutuan berkisar antara 0% hingga 33%.
Jenis Borang & Kategori Untuk Penduduk Cukai:
Borang B: Untuk Individu Penduduk yang Terlibat dalam Perniagaan.
Borang BE: Untuk Individu Penduduk yang Tidak Terlibat dalam Mana-mana Perniagaan.
Borang C: Untuk Syarikat (Sdn Bhd)
Faedah Cukai Pendapatan:
Pemfailan penyata cukai pendapatan tidak hanya membantu individu, tetapi juga memberi manfaat kepada negara. Cukai yang dibayar oleh individu digunakan oleh kerajaan untuk membangun infrastruktur dan meningkatkan perkhidmatan awam seperti bidang perubatan, pertahanan, dan lain-lain. Semakin ramai yang memfailkan cukai, semakin banyak sumber yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.